makam TOK PULAU MANIS

makam TOK PULAU MANIS

Monday, February 6, 2012

Sheikh Daud al-Fathani 2

Banyak lagi yang ditulis oleh Sheikh Daud al-Fathani dalam tulisannya yang tidak dapat disenaraikan semuanya. Antara lain-lain yang secara ringkasnya adalah berikut :

4.Kalimatul ‘Ulya dalam surah at-Taubah ayat 40.
5.Kalimah Stabat dalam surah Muhammad ayat 19.
6.Kalimah Husna dalam surah Yunus ayat 26.
7.Kalimah ‘Adli dalam surah an-Nahl ayat 90.
8.Kalimah Istiqamah dalam surah Fussilat ayat 30.
9.Kalimah ‘Ahdi dalam surah Maryam ayat 87.
10.Kalimah Maqalid dalam surah Zumar ayat 63.
11.Kalimah Tasydid dalam surah al-Ahzab ayat 70.
12.Kalimah Haq dalam surah az-Zukhruf ayat 86.
13.Kalimah Shiratal Mustaqim dalam surah al-An’am ayat 15.
14.Kalimah Sidqi dalam surah az-Zumar ayat 33.
15.Kalimah Iman dinamakan juga Kalimatul Khulud fi Jannah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: Barangsiapa yang adalah pada penghabisan perkataannya Laa ilaaha illallah hal keadaannya suci hatinya lagi jernih daripada hatinya, masuk syurga itu bersama-sama orang-orang yang mendapat kemenangan tiada terdahulu seksa.
16.Kalimatus Ishmati wan Najah
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Apabila mereka mengatakan Laa ilaaha illallah terpelihara daripadaku darah dan hartanya.”
17.Kalimatu Miftahil Jannah iaitu Laa ilaaha illallah.
18.Kalimatu Stamanil Jannah iaitu Laa ilaaha illallah.
19.Kalimatul Ikhlas iaitu Laa ilaaha illallah.
20.Kalimatu Da’watil Haq iaitu Laa ilaaha illallah.
21.Kalimatu ‘Urwatil wustqa iaitu Laa ilaaha illallah.
22.Dan lain-lain.

Kesimpulannya masih banyak amalan Sheikh Daud al-Fathani yang tidak dapat dibicarakan keseluruhannya, yang tentunya amalan wirid beliau sangat banyak. Di antara yang tidak pernah beliau tinggalkan adalah membaca selawat Dalailaul Khairat dan lain-lain.

Kewafatan

Sheikh Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahun kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat beliau wafat sekitar tahun 1847 M, juga ada yang menyebut tahun 1265 H.

Menurut cerita ibu penulis Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau mendengar daripada ibunya, Hajah Wan Siti Saudah binti Abdullah bahawa jenazah beliau telah dipindahkan oleh Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani ke Mekah, ditanam di bawah pohon Bedara di rumahnya.
Hal ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semua kubur yang dikeramatkan termasuk kubur Sheikh Daud al-Fathani.

Bagi penulis, walaupun beliau telah lama meninggal dunia namun jenazahnya tidak hancur, darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.

syeikh Daud Al-fatani

NAMA penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh. Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah al-Fathani.

Syeikh Daud al-Fathani dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah kerana di sinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur.
Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang fiqh diperakui oleh semua ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini.

Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin, tauhid dan ilmu kalam yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi.

Ketokohan beliau dalam bidang tasauf serba ringkas telah disentuh penulis sebelum ini. Juga dibicarakan dengan mendalam dalam buku berjudul Perkembangan Ilmu Tasauf (Jilid 1). Namun begitu, masih belum dianggap lengkap dan sempurna sekiranya tidak dibicarakan ketokohannya dalam orde Tarekat Syathariyah, yang mana adalah salah seorang Sheikh Mursyid Kamil Mukammilnya.

Setahu penulis bahawa di Asia Tenggara tercatat dua orang sahaja ulama tokoh besar orde tarekat ini yang terkenal. Mereka ialah Sheikh Abdur Rauf al-Fanshuri dan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
Murid Sheikh Abdur Rauf al-Fanshuri bernama Sheikh Burhanuddin Ulakan menyebarkan Tarekat Syathariyah itu ke Pariaman, Minangkabau.

Bahawa pada suatu masa dahulu tarekat ini pernah memegang peranan yang terpenting dalam dakwah Islamiah di Asia Tenggara. Bahkan ia adalah satu orde tarekat yang terbesar pengikutnya di Asia Tenggara sebelum masuknya Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah.

Syathariyah berkembang di Pulau Jawa, yang terbesar pengikutnya di Cerebon, Jawa Barat. Penyebarnya yang terkenal ialah Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan, murid Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri iaitu Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) Terengganu, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati, semuanya adalah murid Sheikh Abdur Rahman al-Fansuri.

Di mana sahaja Tarekat Syathariyah dikembangkan di zaman mutakhir iaitu dimulai akhir abad ke 18 hingga ke abad ini, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetap dikenal dan disebut namanya.

Salah seorang muridnya mengenai Tarekat ini seumpama Sheikh Zainuddin Sumbawa. Nama sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani lebih bersemi di hati umat Islam pengikut Tarekat Syathariyah di negeri-negeri di Alam Melayu, bahkan sampai-sampai ke Campa dan Burma. Salasilah tarekat ini di Asia Tenggara ini banyak bersambung dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fahthani.
Daripada Sheikh Daud al-Fathani, dikenal pula ulama besar yang berasal dari Patani sebagai khalifah-khalifah Mursyid Tarekat Syathariyah seperti:-

1- Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani,
2- Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani,
3- Sheikh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani dan lain-lain.

Tata cara berzikir pula yang disalin dari naskhah tulisan tangan Sheikh Daud al-Fathani adalah sebagai berikut:

“Duduk bersila menghadap ke arah kiblat. Kedua tangan diletakkan di atas kedua lutut. Mata dipejamkan. Setelah itu diawali dengan lafaz ‘Laa’ dari bawah susu sebelah kiri, yang terletak hati ‘sanubari’, qasadnya ialah menarikkan pada hati sanubari daripada ‘aghyar dan maa siwallaahi Taala’.

Ditarik terus hingga memanjang bunyi lafaz ‘Laa’ hingga sampai ke bahu sebelah kanan, terus dilemparkan dengan lafaz ‘ilaaha’ dengan meniatkan bahawa melemparkan sekelian yang tersebut ke belakang.

Sesudah itu lalu lafaz ‘illa’ di atas bahunya yang kanan.

Terakhir sekali memukulkan lafaz ‘Allah’ dengan sekeras-kerasnya ke dalam hati.

Demikianlah zikir pada setiap kalinya, bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Dengan memuji kepada Allah telah talkinkan zikir Syathariyah ini serta dengan baiahnya dan ‘Labsul Khirqati’ dan kaedah yang tersebut itu oleh faqir ilallahi Taala Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani……”.

Sheikh Daud bin Abdullah al- Fatani berpendapat bahawa pimpinan seorang sheikh Mursyid sangat penting, beliau menulis sebagai berikut :

“Ketahuilah! Kadang-kadang seorang Salik yang belajar itu melihat bahawa tiada sesuatu jalan untuk sampai kepada Allah, dia ragu dengan bermacam-macam amalan yang sangat banyak. Kadang-kadang dia tercengang dengan banyak ilmu pengetahuan yang telah dikuasainya. Apabila murid yang Salik itu mempunyai sheikh yang Arif Billah (Ahlil Hakikat), maka hendaklah dia kembali kepada sheikhnya dan berpegang teguh atas petunjuknya”.

Dalam bahagian lain beliau menulis: “Dan dengan benar orang yang berzikir iaitu benar murid serta sheikhnya sampai ia pada Martabat Siddiqiyah, hendaklah ia mengemukakan apa-apa yang terlintas di hatinya dari perkara yang jahat dan yang baik.

Berkata sebahagian orang yang arif: “Tiada syarat sheikh itu mengetahui dan melihat atas batin murid, tetapi sebahagian dari syarat murid ialah bahawa memberitahu kepada sheikhnya sekelian yang terlintas pada hatinya…”.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya: “Bahawa dia (sheikh) adalah penolongnya dari pertolongan Nabi Muhammad s.a.w. Selamanya berhadap ke hadrat Tuhannya, apabila dikerjakan maka limpah pertolongan Ilahiyah daripada Allah pada hati penghulu kita dan dari hati penghulu kita - Nabi Muhammad s.a.w -kepada sekelian hati pada sheikh (Masyaikh), dari satu kepada satu sampai kepada hati yang melakukan zikir. Bahawa yang demikian itu menjadi pertolongan dan pemberian Allah”.

Perlu diketahui oleh setiap penganut tarekat, terutama Tarekat Syathariyah adalah mengenai adabnya. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani mengatakan bahawa adab zikir itu terbahagi kepada tiga iaitu:

a. Adab sebelum melakukan zikir.
b. Adab ketika berzikir.
c. Adab setelah berzikir.
Keterangan Sheikh Daud yang diringkaskan oleh penulis daripada kitab Dyiaa’ul Murid mengenai adab-adab berzikir adalah sebagai berikut:

a. Adab sebelum melakukan zikir

1. Taubat nasuha, iaitu taubat daripada sesuatu yang tidak memberi faedah kepada agama yang tersalah dari perkataan, perbuatan dan kehendak yang tidak muafakat dengan syarak.

2. Suci badan daripada hadas-hadas besar dan hadas kecil dan kekotoran pada tubuh dan pakaian. Hendaklah mandi dan mengambil air sembahyang serta membersihkan pakaiannya.

3. Mengharumkan pakaian dengan bau-bauan dan menyucikan mulut dengan bersugi (siwak).

4. Dengan niat menegakkan perintah Allah bukan kerana lainnya kerana mengambil faedah dunia dan keinginan hawa nafsu.

5. Membesarkan Allah. Ketika menyebut Allah terasa benar akan kebesaran dan kehebatan-Nya.
b. Adab ketika berzikir

Adapun adab yang dituntut ketika berzikir itu lima belas perkara, iaitu :
1) Hendaklah dia duduk di tempat yang suci seperti duduk dalam sembahyang bagi orang yang mubtadi, duduk bersila bagi orang yang muntahi.
2) Meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua lutut.
3) Menghadap ke kiblat kalau dia berzikir seorang diri, jika berjemaah hendaklah membuat lingkaran keliling.
4) Memakai wangi-wangian di tempat duduknya kerana tempat berzikir adalah tidak sunyi daripada Malaikat dan jin yang beriman.
5) Berkekalan ikhlas iaitu semata-mata kerana perintah Allah bukan kerana lainnya.
6) Benar zikirnya pada zahir dan batin hingga bersamaan antara keduanya. Juga benar hati terhadap sheikhnya pada zahir dan batin.
7) Sedapat-dapatnya hendaklah sekelian yang dimakan dan yang dipakai adalah halal.
8) Duduk di tempat yang kelam iaitu antara terang dan gelap.
9) Memejamkan mata.
10) Menghadirkan makna zikirnya setiap kali mengucapkannya.
11) Dinafikan tiap-tiap yang maujud pada hatinya selain daripada Allah.
12) Diucapkan dengan nyaring (jahar).
13) Dengan kuat yang sempurna. Iaitu ditarikkan dari tengah kepala hingga ke anak jarinya.
14) Terkenang kepada sheikhnya.
15) Menjauhkan lafaz yang lahan yang mengubahkan maknanya.

c. Adab selepas berzikir

Adapun adab kemudian daripada zikir itu lima perkara:

1) Menahan nafas beberapa kali kerana yang demikian itu lebih cepat menerangkan hati dan membukakan hijab (dinding), dan memutuskan khuatir nafas dan syaitan.
2) Jangan meminum air selepas dari berzikir hingga berselang beberapa saat, kerana zikir itu bersifat panas, rindu dan menaikkan kegemaran kepada yang diingat (Allah) inilah tujuan zikir, sedangkan minum itu memadamkan yang demikian itu. Juga kalau minum adalah bertentangan dengan ilmu kedoktoran kerana boleh mengakibatkan penyakit muntah.
3) Diam beberapa ketika sesudah berzikir serta dengan khusyuknya. Perkara ini ulama membahagikannya kepada tiga adab iaitu :
a. Seakan-akan dia berhadap dengan Tuhannya, bahawa Tuhannya melihat kepadanya.
b. Mengheningkan cipta (menumpukan fikiran) seakan-akan sehelai roma pun tidak bergerak seumpama kucing tatkala mengintai tikus.
c. Menafikan sekalian khuatir dan melaksanakan zikir itu di dalam hati.
4)Meniatkan bagi wirid zikir. Mudah-mudahan menghidupkan hati sehingga tercapai cahaya makrifatullah sehingga diperolehinya sekalian sifat kamalat (kesempurnaan) seumpama zuhud dan lain-lain.
5) Mensyukuri akan nikmat-nikmat Allah. Bahawa Allah telah memudahkannya melakukan suruhan-Nya dengan mengucap istighfar daripada taqsir yang hasil daripadanya tiga kali, seperti katanya: “Aku memohon pengampunan dari Allah dari segala taqsirku pada ibadatku sebilang-bilang nafasku”.

Sebagaimana telah dijelaskan bahawa sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah tokoh sufi Tarekat Syathatiyah. Salah satu karya tulisan beliau tentang tersebut dapat dilihat melalui kitab Dhiyaa’ul Murid.

Bahagian terakhir karyanya itu beliau tulis nama-nama kalimah Laa ilahaa illallah. Dalam kitab Jawi yang lain dari kitab Dhiyaa’ul Murid tidak membicarakan hal ini. Oleh itu, penulis salin seringkasnya mudah-mudahan menambah keghairahan memperbanyak bacaan zikir Laa ilaaha illallah (nafi dan isbat) yang sangat dianjurkan oleh ahli warak dan Salihin.

Menurut Sheikh Daud al-Fathani kalimah Laa ilaaha illallah itu mempunyai banyak nama yang disebut dalam kitab suci al-Quran, sebahagiannya penulis nyatakan seperti berikut :

1.Kalimah takwa, dalam surah al-Fath ayat 26. Maksudnya: Dan biasakanlah mereka itu dengan takwa. Takwa tersebut adalah La ilaaha illallah.

2.Kalimah Thaiyibah dalam surah Ibrahim ayat 24. Maksudnya: Allah telah membanding seumpama kalimat yang baik iaitu La ilaaha illallah seperti pohon kayu yang baik asalnya terhunjam pada bumi dan cabang-cabangnya menjulang ke langit.

3.Kalimah Sabit dalam surah Ibrahim ayat 27. Maksudnya: Allah telah menetapkan sekalian orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap dalam hidup di dunia dan akhirat iaitu perkataan Laa ilaaha illallah.

Friday, October 14, 2011

TAKBIRATULIHRAM

1. Bahwa takbir engkau dengan syah lagi jasan yakni yaqin.

2. Bahwa adalah hatimu itu hadir dengan Allah ta’ala yakni ingat kepada allah ta’ala ….maka takbir engkau serta membenarkan Allah ta’ala

3. Takbir enkau itu menjauhi apa yang dilarang Allah SWT.

4. Bahwa diwaktu mengangkat takbir itu tempat perhimpunan dari pada”LA ILAHA ILLA ALLAH” yaitu pandangan kita hanya kepada Allah semata-mata.artinya diri kita itu fana sekali-kali tidak mempunyai……..melainkan hanya Ujud Allah jua adanya.

5. Sembahyang-mu itu dikerjakan dengan khusyu’ artinya tetap hatimu menghadap kepada Allah ta’ala fan tetap angota jangan bergerak yang sia-sia.

6. Hendaklah sembahyangmu itu ikhlas artinya bersih amal ibadat kita semata-mata karena Allah ta’ala.

7. Sujud engkau itu,munajat artinya berkata-kata dengan Allah ta’ala didalam sembahyang – pada ……rasanya didalam rahasia hatinya …….itulah orang munajat dihadirat Allah Ta’ala.

8. Dan Takbir engkau itu…hadir hatimu kepada Allah Ta’ala.

Hadir artinya tiada berpaling kepada sesuatu didalam sembahyangnya.

Zat wajibal wujud qadim yang disembah

Harap karunia ampun,rahmat dari pada Allah

LA ILAHA ILALLAH : Bagi Ruhul Hayat

MUHAMMAD DARRASULULLAH : Bagi Tubuh Insan Kamil.

¨ Ruhul Hayat itu artinya Allah Ta’ala tajallia kepada Hayat.

¨ Tubuh Insan Kamil itu artinya Tubuh Insan yang sempurna atau Tubuh Muhammad yang sempurna.

Muhammad itu tiada jua sifat kebesaran,keelokan dan kesempurnaan.Sabda Nabi SAW. Artinya : Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka sesungguhnya kafir yang nyata.

Ini adalah keterang dari pada mengenal jalan atau Aqidatun Rajih.

Caranya kita hendak mengangkat Takbiratul Ihram yaitu kita tarik nafas kita dengan HU (haqiqatnya Aku (Aku-Besar-Allah) masuk kedalam,setelah itu angkat Takbir”Allahu Akbar” dengan qashad,Ta’aradl dan Ta’ayyin,- (tubuh hati-ruh).

Dan didalam kita mengucapkan Takbir itu,diri kita fana dalam kalimah LA ILAHA “ALLAH”.tidak ada pengakuan kita,artinya fana hanya Allah Ta’ala semata-mata bukan kita,karena kita ini hamba.

¨ Tatkala kita mengangkat Takbir ingat akan Zat-Alif.

¨ Tatkala kita ruku’ ingat akan Sifat-Lam Awwal.

¨ Tatkala kita I’tidal ingat akan Asma’-Lam Akhir.

¨ Tatkala kita Sujud ingat akan Af-al-Ha.

Zat-Alif Sifat-Lam Asma’-Lam Af-al-Ha

¨Adapun Alif itu,ibarat Zat Allah menjadi Rahasia kepada Muhammad menjadi cahaya kepada kita

¨Adapun Lam Awwal itu,ibarat sifat Allah,menjadi rupa kepada Muhammad menjadi tubuh kepada kita.

¨Adapun Lam Akhir itu,ibarat Asma’ Allah,menjadi ilmu kepada Muhammad menjadi iman kepada kita.

¨Adapun Ha itu,ibarat Af-al Allah,menjadi kelakuan kepada Muhammad,menjadi hati kepada kita.

Maka Hu itu artinya Akulah Allah.

Zat-Ma’rifat -Adapun Zat itu nyata kepadaMa’rifat. Sifat-Haqiqat-Adapun Sifat itu nyata kepada Haqiqat.
Asma’-Thariqat-Adapun Asma itu nyata kepada Thariqat Af-al-Syariat-Adapun Af-al itu nyata kepada Syariat.

¨Adapun Syariat itu nyata pada kelakuan Tubuh Insan

¨Adapun thariqat itu nyata kepada kelakuan Hati Insan

¨Adapun Haqiqat itu nyata kepada kelakuan Nyawa Insan

¨Adapun Ma’rifat itu nyata pada kelakuan Pu’ad (jantung)


Zat-Ma’rifat Rahasia ( Min-Zat )

Sifat-Haqiqat Nyawa ( Ha-Sifat )

Asma’-Thariqat Hati ( Mim-Asma’)

Af-al-Syariat Tubuh ( Dal-Af-al )

Yang dinamakan hamba itu,oleh Allah SWT.adalah Muhammad,karena Muhammad itulah yang menpunyai : Tubuh – Hati – Nyawa – rahasia.

Muammad itu hamba,artinya ilmunya :Rahasia Allah

KIBLAT

Pertama : Kiblat kearah tenggelamnya arah matahari,masuk pada Syariat.
Kedua : Kiblat I’tiqat hati berbetulan dengan Baitullah,masuk kepada Thariqat.
Ketiga : Kiblat I’tiqat hati berbetulan dengan Baitul Ma’mur,masuk kepada Haqiqat.
Keempat : Kiblat I’tiqat hati seakan-akan menghadap muka (wajah) kita kepada Allah Ta’ala masuk kepada Ma’rifat Kamalul Yaqin

Adapun keterangan yang lebih jelas yang menentuka bahwasanya Muhammad itu tiada mempunyai sesuatu hanya sekedar nama jua,adalah seperti tersebut dibawah ini :
1. Adapun yang dikatakan Rahasia Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran 5 (lima) Sifat Allah yang dinamakan : Ujud – Qidam – Baqa – Mukhalafatuhu Lil Hawadits – dan Qiamuhu Ta’ala Binafsihi : yaitu kaliamah:La.
2. Adapun yang dikatakan Nyawa Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran 6 (enam) sifat Allah dinamakan kalimah : Ilaha yaitu: Sama’- Bashar – Kalam – Sami’un – Basirun – dan Mutakalimun.yaitu kalimah : Ilaha
3. Adapun yang dikatakan Hati Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran 4 (empat) sifat Allah yang dinamakan Illa yaitu : Qudrat – Iradat – Ilmu – dan Hayat,yaitu kaliamah Illa.
4. Adapun yang dikatakan Tubuh Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran 5 (lima) sifat Allah yang dinamakan kalimah Allah yaitu : Qadirun – Muridun – Alimun – Hayyun – dan wahdaniyat,yaitu kalimah: Allah.

Jadi jelas bahwa Muhammad itu adalah sifat Allah jua.yaitu sifat kebesaran,keelokan,dan kesempurnaan yaitu yang dinamakan dengan kalimah tauhid artinya Esa.
Kalimah yang mulia yaitu : “ LA ILAHA ILLA ALLAH “ artinya tiadfa yang terdahlu hai Muhammaad dan tiada yang terkemudian ya Muhammad malainkan tiap-tiap sesuatu itu beserta Allah.
Maka wajiblah diketahui maksudnya kalimah yang itu,supaya menjadi tauhid dan Ma’rifat.
¨ Adapun kalimah “ La Ilaha Illa Allah “ itu terbagi dua: pertama La Ilaha-dan kedua Illa Allah.
¨ Adapun La Ilaha itu,sifat kekayaan yang tiada ad kekurangan yang maih berkehendak yaitu Muhammad.
¨ Kemudian hendaklah kita ketahui,yang bernama Muhammad itu,apa oleh Allah Ta’ala – dan yang bernama Alllah Ta’ala itu,apa oleh Muhammad ….supaya benar-benar bisa menjadi tauhid pada kalimah yang muliaitu adanya.

Adapun itu,hamba artinya hamba itu,Ilmu-nya Rahasia-nya oleh Allah Ta’ala: karena Allah itu nama bagi zat yangWajibal Wujud dan mutlak,yakni bathin Muhammad dan Ta’ala itu adalah nama bagi sifat,yakni zahir Muhammad.
Jadi jelaslah – zahir dan bathin Muhammad itulah yang bernama Allah Ta’ala.dengan demikian,maka patutlah kalimah yang mulia itudinamakan kalimah tauhid artinya kalimah Esa yaitu: La Ilaha Illa Allah,maka kalimah yang mulia ini pertemuan hamba dengan Tuhan-nya.
Lagi pula,kalimah yang mulia ini – diumpamakan sebesar-besar dan selebar-lebar gedung perhimpunan segala Rahasia,segala Ruh,segala Nyawa,segala Ilmu,serta isinya Islam dan Iman,segala tauhid dan ma’rifat,yang kesemuanya itu adalah terhimpun didalam kalimah yang mulia itu adanya.
“La Ilaha Illa Allah” pada Ma’rifat artinya Tiada ada Ujud sesuatupun melainkan Allah jualah yang Maujud.

Saturday, August 27, 2011

GURU NUSANTARA

HAMZAH AL-FANSHURI

Riwayat Hidup

Hampir semua penulis sejarah Islam menscatat bahwa Syeikh Hamzah Al-Fansyuri dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatrani termasuk tokoh yang sepaham dengan Al-Hallaj. Nama Syeikh Hamzah Al-Fansyuri pun menghiasi lembaran-lembaran kesusastraan Melayu dan Indonesia.

Namun tahun dan tempat kelahirannya masih belum diketahui hingga kini. Ketidakjelasan riwayatnya itu karena tidak dimasukannya nama Syeikh Hamzah Al-Fansyuri dalam dua sumber penting sejarah Aceh, yaitu Hikayat Aceh dan Bustanus Salatin yang ditulis atas perintah Sultan.

Banyak orang menyannggah Syeikh Hamzah Al-Fansyuri karena faham wihdatul wujud, hulu, dan ittihad-nya. Ada yang menyangkanya sebagai pengikut ajaran Syi’ah. Ada juga yang berpendapat Syeikh Hamzah Al-Fansyuri bermadzhab Syafi’I di bidang Fiqih. Dalam Tasawuf Syeikh Hamzah Al-Fansyuri mengikuti Tarekat Qadiriyah yang dibangsakan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Dalam kesusastraan Melayu/Indonesia tercatat buku-buku Syairnya antara lain, Syair Burung Pingai, Dagang, Syair Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Ikan Tongkol, dan Syair Perahu. Adapula karangan-karangan Syeikh Hamzah Al-Fansyuri yang berbentuk kitab ilmiah antara lain: Asrarul ‘Arifin fi Bayaani ‘Ilmis Suluuki wat Tauhid, Syarbul ‘Asyikiin, Al Muhtadi, Ruba’i Hamzah Al-Fansyuri.

Ajaran Tasawuf Syeikh Hamzah Al-Fansyuri

Pemikiran-pemikiran tentang Syeikh Hamzah Al-Fansyuri banyak dipengaruhi oleh Ibn ‘Arabi dalam faham dan wahdat dan wujud-nya. Syeikh Hamzah Al-Fansyuri mengatakan bahwa Tuhan lebih dekat daripada leher manusia sendiri, dan bahwa Tuhan tidak bertempat, sekalipun Ia sering dikatakan bahwa Ia da dimana-mana. Syeikh Hamzah Al-Fansyuri berkata:

Mahbuhmu itu tiada berha’il

Pada ayna ma tuwallu jangan kau ghafil

Fa tsamma wajhullah sempurna hasil

Inilah jalan orang yang kamil.

Menurut Syeikh Hamzah Al-Fansyuri, wujud hanyalah satu walaupun kelihatannya banyak. Ada yang merupakan kulit (mazhhar, kenyataan lahir) dan yang berupa isi (kenyataan batin). Pengmbaraan Syeikh Hamzah Al-Fansyuri berupa jasad dan rohani diungkapkan dalam Syair:

Hamzah Fansur di dalam Mekkah

Mencari Tuhan ke Baitul Kaabah

Di Barus ke Kudus terlalu payah

Akhirnya sampai di rumah

B. NURUDDIN AR-RANIRI

1. Riwayat Hidup Nuruddin Ar-Raniri

Ar-Raniri dilahirkan di Ranir, Gujarat, India. Nama lengkapnya adalah Nuruddin Muhammad bin Hasanjin Al-Hamid Al-Syafi’I Al Syafi’I Al-Raniri. Kemungkinan besar dilahirkan pada akhir abad ke-16. Abu Nafs Sayyid Imam bin ‘Abdullah bin Syaibar, seorang guru Tarekat Rifa’iyah keturunan Hadhramaut Gujarat, India yang paling banyak mempengaruhinya.

Pembaharuan utamanya adalah memberantas aliran wujudiyyah yang dianggap sebagai aliran sesat. Ia memulainya setelah mendapat pijakan yang kuat di istana Aceh. Karya-karya yang pernah ditulis Ar-Raniri, yaitu:

Ø Ash-Shirath Al Mustaqim (fiqih berbahasa Melayu)

Ø Bustan As-Salatin fi Dzikr Al-Awwalin wa Al-Akhirin (bahasa Melayu)

Ø Durrat Al-Fara’id bi Syarhi Al-Aqa’id (akidah, bahasa Melayu)

Ø Syifa ‘Al-Qulub (cara-cara berdzikir, bahasa Melayu)

2. Ajaran Tasawuf Ar-Raniri

Ø Tentang Tuhan

Pendirian Ar-Raniri dalam masalah ketuhanan umumnya bersifat kompromis. Ia berupaya menyatukan faham mutakallimin dengan faham sufi yang diwakili Ibn ‘Arabi. Pandangan Ar-Raniri hampir sama dengan Ibn’ Arabi bahwa ala mini merupakan tajalh Allah. Namun tafsirannya di atas membuatnya terlepas dari label panteisme Ibn ‘Arabi.

Ø Tentang Alam

Ar-Raniri berpandangan bahwa alam ini diciptakan oleh Allah melalui tajali. Dia menolak teori Al-Fadidh (emanasi) Al-Farabi karena hal itu dapat memunculkan pengakuan bahwa hal ini qadim sehingga menjerumuskan pada kemusrikan.

Ø Tentang Manusia

Manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna sebab menjadi khalifah di bumi. Konsep insane kamil pada dasarnya hamper sama dengan apa yang telah digariskan Ibn ‘Arabi.

Ø Tentang Wujudiyyah

Menurutnya pendapat Hamzah Al Fansuri dapat membawa pada kekafiran. Ia berpendapat jika benar Tuhan dan makhluk hakikatnya satu, maka manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia dan jadilah seluruh makhluk sebagai Tuhan.

Ø Tentang Hubungan Syari’at dan Hakikat

Pemisahan antara syari’at dan hakikat menurut Ar-Raniri merupakan sesuatu yang tidak benar.

C. SYEIKH ABDUR RAUF AL-SINKILI

1. Riwayat Hidup

Abdur Rauf Al-Sinkili adalah seorang ulama mufti besar Kerajaan Aceh pada abad ke 17 (1606-1637 M). Nama lengkapnya adalah Syeikh Abdur Rauf bin Ali Al-Fansuri. Ayah As-Siinkili berasal dari Persia. Ia datang ke Samudra Pasai pada akhir abad ke-13 dan kemudian menetap di Fansur, Barus, pantai barat Sumatera.

Karya-karya As Sinkili antara lain:

a. Mir’at Ath-Thullab (fiqih Syafi’I bidang mu;amalah)

b. hidayat Al-Balighah (fiqih tentang sumpah)

c. ‘Umdat Al-Muhtajin (tasawuf)

d. Daqa’iq Al-Huruf (tasawuf tentang ma’rifat)

e. Turjuman Al-Mustafidh (tadsir)

2. Ajaran Tasawuf Abdur Rauf As-Sinkili

As-Sinkili berusaha merekonsiliasi antara tasawuf dan syari’at. Ajarannya sama dengan Syamsuddin dan Nuruddin, yaitu menganut faham satu-satunya wujud hakiki yakni Allah dan alam merupakan bayangan dari yang hakiki. Dan pada hakikatnya, setiap perbuatan adalah perbuatan Allah.

Menurut As-Sinkili, ada tiga martabat perwujudan Tuhan, yakni:

a. maratabt ahadiyyah atau la ta’ayyun : alam pada waktu itu masih merupakan hakikat ghaib yang masih berada dalam ilmu Tuhan.

b. martabat wahdah atau la ta’ayyun awwal : telah terciptanya haqiqat Muhammadiyyah yang potensial terhadap terciptanya alam.

c. martabat wahdiyah ta’ayyun tsani : dan dari sinilah alam tercipta

D. SYEIKH YUSUF AL-MAKASARI

1. Riwayat Hidup

Syeikh Yusuf Al-Makasari adalah seorang tokoh agung yang berasal dari Sulawesi. Dilahirkan 8 Syawal tahun 1036 H. dalam tempo yang relatif singkat, ia telah tamat mempelajari Al-Qur’an 30 juz. Syeikh Yusuf Al-Makasari pernah melakukan perjalanan ke Yaman. Di sini ia menerima tarekat dari Syeikh Abi Abdullah Muhammad Baqi Billah. Tarekat yang dipelajarinya yaitu:

1. Tarekat Qadariyah diterima dari Syeikh Nuruddin Ar-Raniri da Aceh

2. tarekat naqsabandiyah diterima dari Syeikh Abi Abdillah Abdul Baqi Billah

3. tarekat As-Saadah Al-Baalawiyah diterima dari Syeikh Sayyid Ali di Zubeid, Yaman

4. tarekat Syathriyah diterima dari Ibrahim Al Kurani Madinah

5. tareat Khalwatiyah diterima dari Abdul Barakat Ayub

2. Ajaran Tasawuf Syeikh Yusuf Al-Makasari

Syeikh Yusuf Al-Makasari mengungkapkan paradigma sufistiknya bertolak dari asumsi dasar bahwa ajaran Islam meliputi dua aspek, yaitu aspek lahir (syari’at) dan aspek batin (hakikat). Syeikh Yusuf Al-Makasari mengatakan bahwa seorang hamba akan tetap hamba walaupun telah naik derajatnya, dan Tuhan akan tetap Tuhan walaupun turun pada diri hamba.

Syeikh Yusuf Al-Makasari membagi tiga tingkatan tentang cara-cara menuju Tuhan :

a. tingkatan akhyar (orang-orang terbaik), yaitu dengan memperbanyak shalat, puasa, membaca Al-Quran, naik haji dan berjihad di jalan Allah

b. cara mujahadat Asy-syaqa’ (orag-orang yang berjuang melawan kesulitan), yaitu dengan latihan batin yang keras untuk melepaskan kelakuan buruk dan menyucikan pikiran.

c. cara ahli ad-dzikr, yaitu jalan bagi orang yang telah kashaf untuk berhubungan dengan Tuhan, yaitu orang yang mencintai Tuhan, baik lahir maupun batin.

Wednesday, January 19, 2011

"Untaian Syair Bunga Melati"

Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas Nabi Pelita Alam

Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur`an

Sebelum sesuatu terjadi
Allah jadikan cahyanya Nabi
Allah jadikan dari cahya-Nya
Nur Nabi Muhammad kekasih-Nya

Dan segenap para Nabi
Dijadikan dari cahaya Nabi
Demikian pun Arsy dan Kursi
Loh, Qalam, Syurga, Bidadari

Dan langit, bumi, bulan dan bintang
Dan matahari yang sangat terang
Dan lain-lain makhluknya Rabbi
Asal mula dari cahaya Nabi

Jika tak kerna wujudnya Nabi
Tak ada Syurga dan Bidadari
Tak ada Arsy, Loh dan Qalam
Tak ada Kursi tak ada alam

Tak ada dunia, langit dan bumi
Tak ada bulan, bintang dan matahari
Tak ada malam, tak ada siang
Tak ada gelap, tak ada terang

Tak ada manusia dan hewan
Tak ada emas, perak, intan, berlian,
Seluruh itu Allah siapkan
Kerna Nabi akan dizahirkan

Dizahirkan Nabi kerna rahmat
Bagi seluruh alam dan umat

Saturday, January 15, 2011

walilullah

Syaikhul Akbar Ibn ‘Arabi dalam kitab Futuhat al-Makkiyah membuat klasifikasi tingkatan wali dan kedudukannya. Jumlah mereka sangat banyak, ada yang terbatas dan yang tidak terbatas. Sedikitnya terdapat sembilan tingkatan, secara garis besar dapat diringkas sebagai berikut :

1. Wali Aqthab atau Wali Quthub
Wali yang sangat paripurna. Ia memimpin dan menguasai wali di seluruh alam semesta. Jumlahnya hanya seorang setiap masa. Jika wali ini wafat, maka Wali Quthub lainnya yang menggantikan.

2. Wali Aimmah
Pembantu Wali Quthub. Posisi mereka menggantikan Wali Quthub jika wafat. Jumlahnya dua orang dalam setiap masa. Seorang bernama Abdur Rabbi, bertugas menyaksikan alam malakut dan lainnya bernama Abdul Malik, bertugas menyaksikan alam malaikat.

3. Wali Awtad
Jumlahnya empat orang. Berada di empat wilayah penjuru mata angin, yang masing-masing menguasai wilayahnya. Pusat wilayah berada di Kakbah. Kadang dalam Wali Awtad terdapat juga wanita. Mereka bergelar Abdul Hayyi, Abdul Alim, Abdul Qadir, dan Abdu Murid.

4. Wali Abdal
Abdal berarti pengganti. Dinamakan demikian karena jika meninggal di suatu tempat, mereka menunjuk penggantinya. Jumlah Wali Abdal sebanyak tujuh orang, yang menguasai ketujuh iklim. Pengarang kitab Futuhat al-Makkiyah dan Fushus al-Hikam yang terkenal itu, mengaku pernah melihat dan bergaul baik dengan ke tujuh Wali Abdal di Makkat al- Mukarramah.

Pada tahun 586 di Spanyol, Ibn ‘Arabi bertemu Wali Abdal bernama Musa al-Baidarani. Abdul Madjid bin Salamah sahabat Ibn ‘Arabi pernah bertemu Wali Abdal bernama Mu’az bin al-Asyrash. Beliau kemudian menanyakan bagaimana cara mencapai kedudukan Wali Abdal. Ia menjawab dengan lapar, tidak tidur di malam hari, banyak diam, dan mengasingkan diri dari keramaian.

5. Wali Nuqaba’

Jumlah mereka sebanyak 12 orang dalam setiap masa. Allah memahamkan mereka tentang hukum syariat. Dengan demikian mereka akan segera menyadari terhadap semua tipuan hawa nafsu dan iblis. Jika Wali Nuqaba’ melihat bekas telapak kaki seseorang di atas tanah, mereka mengetahui apakah jejak orang alim atau bodoh, orang baik atau tidak.

6. Wali Nujaba’

Jumlahnya mereka sebanyak 8 orang dalam setiap masa.

7. Wali Hawariyyun

Berasal dari kata hawari, yang berarti pembela. Ia adalah orang yang membela agama Allah, baik dengan argumen maupun senjata. Allah menganugerahkan kepada Wali Hawariyyun ilmu pengetahuan, keberanian dan ketekunan dalam beribadah.

8. Wali Rajabiyyun

Dinamakan demikian, karena karomahnya muncul selalu dalam bulan Rajab. Jumlah mereka sebanyak 40 orang. Terdapat di berbagai negara dan antara mereka saling mengenal. Wali Rajabiyyun dapat mengetahui batin seseorang. Wali ini setiap awal bulan Rajab, badannya terasa berat bagaikan terhimpit langit. Mereka berbaring di atas ranjang dengan tubuh kaku tak bergerak. Bahkan, akan terlihat kedua pelupuk matanya tidak berkedip hingga sore hari. Keesokan harinya perasaan seperti itu baru berkurang. Pada hari ketiga, mereka menyaksikan peristiwa ghaib.

Berbagai rahasia kebesaran Allah tersingkap, padahal mereka masih tetap berbaring diatas ranjang. Keadaan Wali Rajabiyyun tetap demikian, sesudah 3 hari baru bisa berbicara.

Apabila bulan Rajab berakhir, bagaikan terlepas dari ikatan lalu bangun. Ia akan kembali ke posisinya semula. Jika mereka seorang pedagang, maka akan kembali ke pekerjaannya sehari-hari sebagai pedagang.

9. Wali Khatam
Khatam berarti penutup. Jumlahnya hanya seorang dalam setiap masa. Wali Khatam bertugas menguasai dan mengurus wilayah kekuasaan umat Nabi Muhammad saw.